Info

Sihat Afiat



Diabetis terbahagi kepada:

    1.Diabetes Mellitus yang bergantung kepada Insulin (IDDM) atau Diabetes Mellitus Jenis I
    2.Diabetes Mellitus yang tidak bergantung kepada Insulin (NIDDM) atau Diabetes Mellitus Jenis II

    Tanda dan gejala

    Selalunya dikesan semasa pemeriksaan untuk masalah-masalah lain seperti:


    Kabur penglihatan.
    Penyakit kulit yang berterusan.
    Luka lambat sembuh.
    Jangkitan pada sistem pembuangan air kecil dan kemaluan.
    Kebas kaki.
    Tanda-tanda lain termasuk:
    1.Dahaga.
    2.Kerap buang air kecil dalam kuantiti yang banyak.
    3.Letih dan lesu
    4.Penurunan berat badan walaupun mempunyai selera yang baik.
    5.Kelemahaan otot.
    6.Kegatalan tanpa ruam.
Faktor-faktor risiko Diabetis

Berlebihan berat badan / kegemukan.
Tidak bersenam dan gaya hidup tidak aktif.
Pemakanan- pengambilan makanan tinggi lemak dan kurang serat.
Keturunan- diabetes mempunyai perkaitan yang kuat dalam keluarga.
Peningkatan umur.
Bangsa – Kaum India mempunyai lebih risiko mendapat diabetes.

                                    
Kredit untuk Harakah
                                                           

Komplikasi-komplikasi 
 Komplikasi-komplikasi diabetes melibatkan banyak organ-organ bergantung kepada jangkamasa mengidapnya dan kawalan paras glukos darah.

          Peningkatan paras glukos darah mendadak (keadaan kecemasan)

                         Keliru, tidak sedarkan diri (diabetic coma).


               Paras Glukos Darah yang berterusan tinggi(kronik)

                Menyebabkan kerosakan jangka panjang kepada:

       1.Mata - kabur penglihatan, katarak, pendarahan dalam mata yang boleh menyebabkan buta.
        2.Saraf - kebas atau hilang deria rasa di tangan dan kaki boleh mengakibatkan kecederaan tanpa di sedari.
        3.Otak - angin ahmar (strok).
        4.Buah pinggang - kegagalan buah pinggang.
        5.Jantung - serangan jantung.

                 
Gambar: Kredit untuk mStar

Kawalan diabetes yang baik boleh membantu mencegah dan melambatkan komplikasi diatas.



Rujukan: MyHealth

Comments

Anda yang pilih

Selamat Datang

Diabetic Ketoacidosis