Posts

Showing posts from July, 2024

Alat Pengukur glukos dalam darah (Glukometer}

Image
  Glukometer Glukometer adalah sejenis alat perubatan untuk mengukur kepekatan gula (glukosa) dalam darah. Alat ini boleh digunakan untuk memantau kandungan glukosa dalam darah di rumah oleh pesakit kencing manis (Diabetes mellitus) Jenis 1 atau Jenis 2. Pengukuran kepekatan glukosa dalam darah dengan menggunakan glukometer dapat memberikan keputusan ujian yang cepat dan membolehkan pesakit mengetahui samada kandungan glukosa dalam darah adalah lebih tinggi daripada kadar biasa, terlalu rendah daripada paras yang diharapkan atau berada pada tahap yang boleh diterima. Terdapat pelbagai jenama dan model glukometer di pasaran dengan pelbagai saiz, fungsi dan mesra pengguna. Bagi pengguna yang pertama kali menggunakan mesin glukometer perkara paling penting dan utama adalah mengetahui bagaimana menggunakan alat glukometer dengan cara yang betul selain dari memilih glukometer yang mesra pengguna.  Kesilapan dalam penggunaan glukometer boleh menyebabkan keputusan ujian yang diberika...